Monday, August 5, 2013
Fenomena Penyokong Bola Sepak....
Hari ni seronok dan teruja bila aku tengok kemeriahan bola sepak di Negara kita, khusunya di negeri Johor. Banyak perubahan yang sudah dilakukan oleh pihak tertentu terutamanya sekali oleh YAM TMJ untuk memertabatkan kembali kegemilangan bola sepak negeri JOHOR ini... Kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang mmg jauh bezanya. Aku ingat lagi 6 atau 7 tahun yang lepas aku menyaksikan perlawanan diantara Johor FA menentang Kedah, masa tu Marlon Alex James masih lagi bermain untuk pasukan Kedah, bilangan penonton yang datang masa tu tidak lah ramai... Tapi sekarang bila ada saja perlawanan yang melibatkan pasukan dari Johor memang penuh lah stadium tu... Sekarang ni macam-macam nama fan club la yang muncul seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan...tetapi aku terpanggil untuk mengenali salah satu kelab penyokong yang ada sekarang ini, mereka menggelarkan diri mereka sebagai ULTRAS atau pun Boys Of Straits (B.O.S)... Siapakah mereka? Tunggu update yang seterusanya dari aku!
Saturday, July 6, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)